Kuala Lumpur : Pelakon, Zul Ariffin, 39, kini tampil dengan jambang demi watak utama lakonannya sebagai Yong dalam filem terbaharu, BALING arahan Anwari Ashraf yang masih menjalani penggambaran di Kedah.

Zul atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin berkata, dia sudah dua bulan terbabit dalam penggambaran filem itu yang disifatkan sangat mencabar buat kru produksi kerana perlu mengharungi pelbagai kepayahan di lokasi.

"Imej berjambang macam ini, penampilan saya untuk filem baharu, BALING. Kini sudah dua bulan juga sebenarnya saya berada di Baling, Kedah untuk penggambaran filem yang belum lagi selesai.

"Apapun, saya tak kisah untuk tampil macam-macam gaya demi watak. Kalau diperlukan berjambang penuh macam ini, saya buat sahaja. Sebagai pelakon, selagi proses penggambaran belum habis, kita pulun.