Johor Bahru: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin tampak mempersoalkan jadual perlawanan Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-14 selepas Pakistan yang bakal ditentang di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, malam ini berehat dalam tempoh dua hari.
Nor Saiful berkata, skuad Young Tigers pula terpaksa beraksi dua perlawanan yang berintensiti tinggi iaitu menentang Jepun dan mencipta kemenangan 4-2, semalam dan akan berdepan Pakistan, malam ini dalam usaha memburu slot ke pentas final
"Saya pun tak tahun macam mana jadual boleh jadi begitu, Pakistan rehat dua hari dan kita pula beraksi dua hari berturut-turut. Sudah tentu tekanan kepada pemain dan ia aksi antarabangsa kerana jika sudah main satu perlawanan, sepatutnya akan diberi rehat satu hari.










