Seremban: Suspek yang disyaki membunuh isterinya di sebuah unit kediaman di Kuarters KLIA di Nilai pada malam 15 Oktober lalu, dijangka akan disambung reman esok.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, reman kali pertama terhadap suspek berusia 30-an itu akan tamat esok.
"Tempoh reman lelaki yang disyaki membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sebelum ini bermula pada 16 Oktober dan tamat 22 Oktober.
"Berdasarkan perkembangan semasa siasatan, pihak kami akan menyambung tempoh reman dan permohonan akan dibuat di Mahkamah Majistret esok," katanya ketika dihubungi hari ini.








