SEREMBAN – Tempoh reman ke atas seorang lelaki ditahan selepas membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Nilai minggu lalu akan disambung esok.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, tindakan itu dibuat berikutan reman kali pertama ke atas suspek berusia dalam lingkungan 30-an berakhir esok.
“Sebelum ini suspek direman bermula pada 16 hingga 22 Oktober (esok). Berdasarkan perkembangan siasatan, pihak polis akan melanjutkan tempoh reman dan permohonan akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.









