PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan seluruh rakyat Malaysia menghentikan penggunaan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu.
Menurut Pejabat Perdana Menteri, saranan itu dibuat kepada rakyat Malaysia dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.
“Perdana Menteri telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
“Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel,” katanya hari ini.









