Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan risiko keselamatan maklumat susulan penggunaan Waze. (Gambar Waze)KUALA LUMPUR: Kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi tempatan TuJu, yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai alternatif bagi keperluan navigasi jalan raya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata langkah alternatif itu dicadangkan berikutan risiko keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat susulan penggunaan aplikasi Waze yang terikat di bawah undang-undang Israel.

Perkara itu antara yang dibincangkan sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara bagi meneliti perkembangan ancaman siber serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kedaulatan digital negara.