Tumpat: "Baru dua minggu saya hantar anak di bawah jagaan pengasuh, tak sangka berakhir dengan tragedi begini," kata ibu bayi lelaki berusia 10 bulan yang meninggal dunia ketika dalam jagaan seorang pengasuh di Butterworth, Pulau Pinang, Isnin lalu.

Sharifatul Hafizah Sahul Hamid, 34, berkata, sepanjang dua minggu dalam jagaan pengasuh itu, dia sering menerima gambar dan makluman daripada wanita terbabit mengenai kecederaan yang dialami bayinya, Muhammad Faris Syazwan Muhammad Zulkarnain.

Katanya, pengasuh mendakwa kecederaan dialami dilakukan oleh anak sulungnya berusia dua tahun yang turut diletakkan di bawah asuhannya.

"Hampir setiap hari dia (pengasuh) mengadu dan menghantar gambar termasuk kecederaan di belakang pinggang, kesan gigitan dan lebam pada arwah anak saya.