TASEK GELUGOR - Polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes bayi lelaki berusia 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan wanita itu di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001."Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa," menurutnya dalam kenyataan malam ini.Ibu mangsa dikatakan menghantar anaknya awal pagi tadi sebelum pengasuh berusia 25 tahun itu mendapati mangsa lemah dan tidak bermaya pada 9.50 pagi sebelum membawanya ke klinik kesihatan berdekatan.Bayi itu dipercayai meninggal dunia sebelum tiba di klinik dan pemeriksaan fizikal awal tidak menemukan kesan lebam pada tubuh mangsa. - Bernama
Bayi 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan, pengasuh ditahan

Key takeaways
Seorang pengasuh ditahan selepas bayi 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaannya di Tasek Gelugor.
- Polis menahan pengasuh berusia 25 tahun untuk siasatan kes mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
- Bayi ditemui lemah dan tidak bermaya pada 9.50 pagi sebelum dibawa ke klinik.
- Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Bayi 10 bulan meninggal dunia ketika dalam jagaan, pengasuh ditahan (this story)
- Utusan Malaysia Ibu terkilan anak meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh








