KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan dalaman berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang didakwa di mahkamah pada Rabu.Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid, berkata siasatan dalaman itu dijalankan secara selari bagi meneliti kes berkenaan."Kita ada buat siasatan dalaman di bawah JIPS secara selari. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Terdahulu, Mohd Shuhaily, 54, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Mohd Shuhaily dibarisi sembilan peguam kes berprofil tinggiMohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA[VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamahAnggota polis dakwa kepala dihantuk empat kali, jalani rawatan psikiatri akibat dikasari Mohd Shuhaily - PeguamDua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - PeguamBeliau membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Shuhaily didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Mohamad Faiz Saman berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 KLIA, antara jam 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari pada 28 September lalu.Pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Muhammad Ekmal Sofwan Dirman di lokasi dan pada waktu yang sama.Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.