CYBERJAYA - Penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan seksual melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa semakin membimbangkan, sekali gus menuntut tindakan bersama kerajaan, penyedia platform, ibu bapa serta masyarakat bagi membendung risiko berkenaan.Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata, lambakan aplikasi dan laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan penjanaan kandungan AI menyukarkan usaha memastikan teknologi itu tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah.Menurutnya, perkhidmatan sedemikian boleh digunakan untuk memanipulasi gambar atau video seseorang bagi menghasilkan kandungan seksual yang tidak menggambarkan keadaan sebenar."Penggunaan AI untuk menghasilkan kandungan berunsur seksual melibatkan bukan sahaja orang dewasa, tetapi kanak-kanak adalah perkara paling membimbangkan."Kita juga melihat peningkatan penggunaan AI oleh golongan tersebut dan ini merupakan masalah yang perlu dibendung serta memerlukan kerjasama semua pihak," katanya dalam satu temubual khas bersama pengamal media, pada Jumaat.Mediha berkata, tanggungjawab menangani isu itu tidak seharusnya diletakkan sepenuhnya kepada kerajaan atau agensi penguat kuasa, sebaliknya perlu turut dipikul penyedia platform, ibu bapa, penjaga, guru dan masyarakat.Malah menurutnya, ibu bapa yang memberikan anak peranti dengan sambungan internet atau fungsi rakaman perlu memastikan penggunaannya sentiasa dipantau dan dikawal."Mereka perlu memahami bahawa risiko dalam talian bukan hanya berkaitan penggunaan media sosial, malah merangkumi aplikasi AI dan pelbagai perkhidmatan digital lain."Kanak-kanak di bawah umur 16 tahun misalnya, tidak sepatutnya mempunyai akaun media sosial. Perkara itu juga boleh dijadikan panduan untuk penggunaan aplikasi AI dan apa sahaja perkhidmatan internet yang mempunyai risiko membahayakan atau memudaratkan," ujarnya.Sementara itu, pada Persidangan M360 ASEAN 2026 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 10 September lepas, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Ogos 2026, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengemukakan lebih satu juta permintaan kepada platform dalam talian untuk menurunkan kandungan."Daripada jumlah itu, sebanyak 935,416 kandungan telah diturunkan, mewakili kadar pematuhan platform sebanyak 93 peratus," kata Fahmi.Aduan tetap boleh dibuatMengulas tindakan terhadap penyalahgunaan AI, Mediha berkata, antara cabaran yang dihadapi pihak berkuasa ialah mendapatkan bukti forensik khususnya apabila kandungan atau pautan asal sudah dipadamkan.Bagaimanapun beliau menegaskan, orang ramai tidak seharusnya menganggap tiada tindakan boleh diambil hanya kerana pautan berkenaan sudah tiada.Menurutnya, perbincangan bersama agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC menunjukkan masih terdapat kaedah untuk mendapatkan pautan serta bukti berkaitan."Saya sarankan orang ramai tidak mengan
Manipulasi imej seksual guna AI membimbangkan – CMCF

Key points
- CYBERJAYA - Penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan seksual melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa semakin membimbangkan, sekali gus menuntut tindakan bersama kerajaan, penyedia platform, ibu bapa serta masyarakat bagi membendung risiko berkenaan.
- Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata, lambakan aplikasi dan laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan penjanaan kandungan AI menyukarkan usaha memastikan teknologi itu tidak disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
- Menurutnya, perkhidmatan sedemikian boleh digunakan untuk memanipulasi gambar atau video seseorang bagi menghasilkan kandungan seksual yang tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Bendung salah guna AI eksploitasi seksual
- Sinar Harian Manipulasi imej seksual guna AI membimbangkan – CMCF (this story)







