KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan mengarahkan penjawat awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze, tertakluk pada waktu menjalankan tugas rasmi sahaja.
Penjelasan itu terkandung dalam Soalan Lazim (FAQ) yang diterbitkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) hari ini, susulan surat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar semalam, berhubung larangan penggunaan aplikasi Waze bagi anggota perkhidmatan awam.
Walaupun larangan penggunaan aplikasi berkenaan pada masa ini hanya terpakai semasa menjalankan urusan rasmi kerajaan, FAQ itu menjelaskan bahawa penjawat awam digalak menyahpasang (uninstall) aplikasi itu dalam peranti masing-masing.
Justeru, penjawat awam disaran untuk beralih kepada aplikasi navigasi alternatif tempatan yang bersesuaian.








