Putrajaya: Penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel berkuat kuasa serta-merta.
Arahan itu dibuat menerusi pemakluman rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bertarikh 20 Oktober 2026 susulan mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang bersidang pada 20 Oktober 2026 dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri memutuskan berhubung dengan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berpangkalan di Israel dalam kalangan anggota perkhidmatan awam," menurut pemakluman terbabit.








