Cyberjaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meraih dua anugerah sempena Program Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2026 yang berlangsung di Cyber Event Hall, di sini, semalam.
SPRM dalam kenyataan berkata, kejayaan itu membabitkan pengiktirafan dalam aspek pengurusan kewangan serta inovasi menerusi projek yang dilaksanakan jabatan berkenaan.
"Anugerah pertama ialah Anugerah Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2025 hasil pencapaian dalam aspek pengurusan kewangan.
"Selain itu, Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) SPRM turut meraih pingat gangsa bagi Anugerah Inovasi JPM 2026 menerusi projek Inovasi Bilik Mesyuarat Pintar.









