KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merekodkan penerimaan lebih 2.09 bilion e-Invois, sejak inisiatif transformasi digital itu mula diperkenalkan secara berperingkat di negara ini.
Pencapaian memberangsangkan itu mencerminkan momentum positif dalam kalangan komuniti perniagaan tempatan bagi mengadaptasi kaedah pelaporan transaksi yang lebih sistematik dan telus.
Pengarah Seksyen Polisi dan Pematuhan, Bahagian E-Invois Sektor Operasi Cukai LHDN, Mohd Syazli Mokthar, berkata fasa pelaksanaan yang kini menjangkau tahun ketiga itu, turut membabitkan penyertaan aktif daripada lebih 269,000 pembayar cukai.
"Data komprehensif yang dikumpul menerusi platform e-Invois ini amat penting, dalam membantu pihak pentadbiran memahami struktur ekonomi serta aliran transaksi semasa pasaran dengan lebih tepat.










