CANBERRA: Australia sedang berusaha membentuk pakatan global negara-negara bagi mendesak gergasi teknologi 'Big Tech' seperti Meta Platforms mengurangkan kemudaratan dalam talian

Tindakan itu secara langsung membuka ruang baharu dalam pertikaian kelompangan kawal selia industri itu yang semakin meluas.

Menteri Komunikasi Australia, Anika Wells, berkata pakatan berkenaan boleh menggunakan kerangka yang sedang diusahakan Australia untuk mewajibkan syarikat teknologi terbesar dunia melindungi kanak-kanak daripada pelbagai ancaman dalam talian.

Antaranya yang semakin meluas sejak kebelakangan ini termasuk kandungan seksual, keganasan, pemangsa seksual dan imej palsu yang dijana menggunakan teknologi 'deepfake'.