KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu laporan penuh pasukan petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat didedahkan kepada rakyat.
Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata pasukan itu perlu mematuhi tempoh tiga bulan siasatan ditetapkan dan jelaskan dapatan, tindakan serta pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas tanpa konflik kepentingan, dengan mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tidak boleh mempengaruhi proses siasatan.
"(Siasatan perlu) berdasarkan bukti, bukan spekulasi. Setiap dakwaan mesti diuji secara profesional tanpa menghukum sebelum proses undang-undang selesai.








