Zetrix AI maklumkan Bursa Malaysia bahawa operasinya tidak terjejas susulan siasatan polis, SPRM.PETALING JAYA: Zetrix AI Bhd memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan bersama yang sedang dijalankan oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Syarikat itu memaklumkan Bursa Malaysia hari ini, operasinya tidak terjejas susulan siasatan itu, lapor Bernama.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities bertarikh 14 Okt mengenai laporan media bertajuk 'Police say six witnesses questioned in probe into MyEG, Zetrix AI', yang diterbitkan The Edge Malaysia pada 13 Okt.

Zetrix AI memaklumkan pihaknya akan berkongsi sebarang perkembangan penting melalui pengumuman rasmi, jika perlu.