KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan bersama yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu memaklumkan operasi syarikat itu tidak terjejas susulan siasatan berkenaan.
Kenyataan itu dibuat bagi memberikan maklum balas terhadap pertanyaan Bursa Malaysia Securities bertarikh 14 Oktober mengenai laporan media bertajuk 'Police say six witnesses questioned in probe into MyEG, Zetrix AI', yang diterbitkan The Edge Malaysia pada 13 Oktober.
Zetrix AI memaklumkan pihaknya akan berkongsi sebarang perkembangan penting melalui pengumuman rasmi.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F14131312asda_241674.png&w=480&output=webp&q=85&we)
