KUCHING - Seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar sekolah menengah tanpa kebenaran dalam satu kejadian di sekolah itu pada Rabu.Menurut makluman pihak sekolah hari ini, insiden itu berlaku di kawasan TK4 pada pagi Rabu.Guru berkenaan kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas pihak sekolah menghubungi perkhidmatan ambulans.Susulan kejadian itu, pelajar 16 tahun itu segera dikawal sebelum dibawa ke pejabat Pengetua dan kekal di bawah pengawasan sementara menunggu tindakan lanjut.Pihak polis yang tiba di sekolah telah mengambil alih pengendalian kes, manakala ibu bapa pelajar berkenaan turut dihubungi.Pihak sekolah memaklumkan tiada kecederaan lain dilaporkan setakat ini.Dalam pemeriksaan terhadap beg pelajar itu, polis turut menemukan satu barangan yang memerlukan pemeriksaan lanjut, dengan perkara berkenaan kini dikendalikan pihak berkuasa.Sebagai langkah berjaga-jaga dan atas nasihat polis, pihak sekolah turut mengarahkan penutupan sekolah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan serta memaklumkan ibu bapa supaya mengambil anak masing-masing lebih awal.Pihak sekolah turut meminta ibu bapa yang tidak dapat mengambil anak mereka dengan segera supaya menghubungi pihak sekolah bagi mengatur urusan berkaitan. - Awani
Guru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar

Key takeaways
Seorang guru cedera selepas merampas objek tajam dari pelajar sekolah menengah dan dibawa ke hospital.
- Guru cedera ketika cuba merampas objek tajam dari pelajar di sekolah antarabangsa.
- Pelajar 16 tahun dikawal dan dibawa ke pejabat Pengetua untuk tindakan lanjut.
- Sekolah ditutup sementara untuk siasatan lanjut selepas polis mengambil alih kes.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Martinez dikejarkan ke hospital, alami gegaran otak
- Utusan Malaysia Lithuania keluar amaran selepas objek terbang misteri dikesan
- Sinar Harian Guru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar (this story)









