Kuantan: Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas didapati bersalah atas 46 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM69,600 antara 2016 hingga 2023.

Keputusan itu dibuat Hakim Sazlina Safie selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan terhadap tertuduh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56.

"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesemua elemen kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi semua 46 pertuduhan," katanya.

"Oleh itu, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas kesemua pertuduhan.