KUANTAN: Bekas ketua polis daerah Temerloh, dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah terhadap 46 tuduhan meerima rasuah berjumlah RM69,600.
Hakim Mahkamah Sesyen, Sazlina Safie, berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir pembelaan terhadap tertuduh, Mohd Azhar Mohd Yusoff, 56.
"Pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua elemen yang memenuhi kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan bagi 46 tuduhan itu," katanya.
Azhar mengaku tidak bersalah sejurus 46 pertuduhan rasuah yang berlaku di antara 2019 hingga 2023 itu dikemukakan terhadapnya ketika prosiding pendakwaan yang berlangsung pada 7 September 2023.








