KLUANG: Wanita berstatus isteri orang ditahan bersama teman lelakinya dalam pemeriksaan dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah inap desa di daerah ini, awal pagi tadi.
Wanita berusia 40-an itu ditahan jam 1.05 pagi kerana disyaki berkhalwat, hasil pemeriksaan berkala yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar bandar ini.
Menurut JAINJ, sebelum tangkapan dilakukan, penguat kuasa mendapati banyak kenderaan parkir berhampiran inap desa terbabit yang mempunyai beberapa bilik.
"Ketika pemeriksaan di sebuah bilik, penguat kuasa mengetuk pintu, namun tiada sesiapa membukanya. Berdasarkan pemerhatian, bilik itu disyaki berpenghuni kerana pendingin hawa didapati terpasang.








