Panggilan kecemasan diterima pemilik inap desa, Azmir Abu Bakar, 47, daripada pelanggan dari Timur Tengah yang ketakutan selepas melihat seekor cicak di penginapannya.
Azmir berkata, kejadian itu antara kerenah pelik pelanggan yang terpaksa dihadapinya sepanjang mengusahakan sejak 2019.
Katanya, kejadian seumpama itu memberi cabaran dan tekanan kepada pemilik homestay sepertinya.
"Dalam kejadian itu, pelanggan terbabit minta kami datang dengan segera untuk mengeluarkan 'monster'(cicak) itu. Apabila tiba, cicak berkenaan sudah hilang dan kami pula terpaksa mencarinya.






