Madrid: Kylian Mbappe meledak dua gol termasuk satu jaringan menakjubkan menerusi aksi individu ketika Real Madrid menewaskan Sevilla 4-1 dalam aksi La Liga, awal pagi tadi, untuk melonjak ke tangga ketiga liga.

Arda Guler membuka tirai jaringan menerusi rembatan menarik sebelum Mbappe menyumbat dua gol, manakala Yan Diomande turut mencatat nama selaku penjaring untuk membantu skuad kendalian Jose Mourinho mengatasi Real Betis dalam carta liga.

Gol pertama Mbappe hadir menerusi gerakan individu memukau apabila penyerang Perancis itu melakukan gerakan roulette di luar kotak penalti sebelum melepaskan rembatan ke gawang Sevilla, manakala gol keduanya hadir menerusi sepakan penalti Panenka.

Mourinho berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak buahnya, sambil mengakui pasukan itu masih memerlukan masa untuk meningkatkan keserasian selepas hanya bersama dalam tempoh singkat.