Butterworth: Sebanyak 30 motosikal disita, manakala 179 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu Motosikal dijalankan berhampiran laluan keluar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini, semalam hingga awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata operasi bermula jam 5 petang semalam hingga 2 pagi tadi itu dijalankan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.
Beliau berkata, seramai 145 individu dan 133 motosikal diperiksa sepanjang operasi itu.
"Sejumlah 30 motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan pelbagai kesalahan, manakala 179 saman dikeluarkan sepanjang operasi.








