CALGARY: Sekurang-kurangnya empat anggota tentera terkorban manakala 39 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran merentasi kawasan latihan di pangkalan ketenteraan Kanada, baru-baru ini.

Pegawai pengurusan memaklumkan, kebakaran di Pangkalan Angkatan Tentera Kanada (CFB) Wainwright itu bermula kerana kebakaran kecil padang rumput pada Sabtu sebelum api merebak dengan pantas susulan tiupan angin kencang mencapai kelajuan hingga 98 kilometer sejam (km/j).

Major General Wade Rutland menyifatkan kejadian itu sebagai satu kes luar biasa lagi pantas yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.

Perdana Menteri kanada, Mark Carney, menyifatkan tragedi itu sebagai salah satu bencana paling buruk dalam sejarah angkatan tentera Kanada di tanah air sendiri, sambil mengarahkan bendera di bangunan Persekutuan dikibarkan separuh tiang.