Kuala Lumpur: Sikap 'saya sudah bayar' mencerminkan 'psychological entitlement' atau rasa berhak secara berlebihan yang boleh mendorong segelintir pelanggan inap desa bertindak tanpa memikirkan hak pemilik premis.
Pensyarah Jabatan Psikologi, Abdul Hamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Aini Alegrea Suner berkata, sikap itu berlaku apabila seseorang percaya dirinya layak mendapat layanan, keistimewaan atau kebebasan tertentu walaupun tuntutan berkenaan tidak munasabah.
"Dalam konteks penginapan, pembayaran mudah disalahertikan sebagai satu bentuk kuasa hingga pemikiran pelanggan berubah daripada 'saya membayar untuk menggunakan kemudahan ini' kepada 'saya sudah bayar, jadi saya bebas melakukan apa sahaja'.






