Kuala Lumpur: Larangan mengambil alkohol atau meninggalkan bekas minuman itu di dalam mahupun di sekitar rumah serta membawa masuk haiwan peliharaan adalah antara peraturan yang ditetapkan pemilik inap desa ini bagi memastikan kediamannya sentiasa berada dalam keadaan baik.
Beliau yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, semua peraturan rumah itu dikuatkuasakan dengan tegas bertujuan mengawal tingkah laku pelanggan supaya tidak mengotorkan atau merosakkan kediaman, selain untuk menjaga keharmonian dengan jiran.
"Saya turut mengambil deposit RM200 dan akan mengenakan penalti sekiranya pelanggan didapati melanggar peraturan ditetapkan berdasarkan bukti yang jelas.
"Kebanyakan peraturan itu terhasil daripada pengalaman saya berdepan pelbagai ragam pelanggan sepanjang 10 tahun terbabit dalam bidang ini," katanya






