KETIKA kebanyakan individu seusianya memilih untuk berehat selepas bersara, Osman Sulaiman, 65, sebaliknya membuktikan usia bukan penghalang untuk terus menyumbang kepada masyarakat.

Pesara swasta yang menetap di Merbok, Kedah itu bukan sahaja menjadikan aktiviti mendaki sebagai pengisian hujung minggu, malah turut menyertai program kemasyarakatan menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia termasuk aktiviti eksplorasi alam dan pembersihan sungai bersama golongan belia.

Malah, dalam satu program kira-kira dua minggu sebelum temu bual, Osman menjadi peserta paling berusia dalam kalangan peserta yang menyertai aktiviti kemasyarakatan.