Riyadh: Pakatan diketuai Arab Saudi yang memerangi kumpulan Houthi di Yaman memaklumkan pada Rabu bahawa pihaknya memintas lima dron yang dilancarkan ke arah negara itu, termasuk di wilayah Madinah yang menempatkan antara kota paling suci dalam Islam.
"Empat dron yang dilancarkan ke arah Kerajaan Arab Saudi berjaya dipintas dan dimusnahkan," kata jurucakap pakatan, Turki al-Malki, menerusi hantaran di X.
Dalam hantaran kedua, beliau berkata pintasan itu berlaku di wilayah Timur Arab Saudi dan Madinah.
Al-Malki tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan dron berkenaan.









