PETALING JAYA – Pelakon Puteri Balqis meluahkan pandangan mengenai realiti industri seni tanah air yang sering meletakkan ukuran populariti mendahului kriteria mutu lakonan sebenar.

Menurut Puteri Balqis, 19, menjadikan perjalanan hidup seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai inspirasi serta iktibar untuk terus tabah menghadapi liku-liku dunia lakonan.

“Ada artis veteran yang mengeluh kerana anugerah hari ini semakin banyak menilai populariti bukan mutu lakonan.

“Saya faham itu. Setiap kali lakonan tidak dihargai sebagaimana populariti diraikan, saya sentiasa ingatkan