GEORGE TOWN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada pelajar perempuan sekolah menengah di Seremban yang didakwa menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama berhubung isu berkenaan, sekiranya bantuan diperlukan ahli keluarga mangsa terbabit.

“Kita bersedia untuk bekerjasama bagi memberikan kaunseling sekiranya perlu. Kita mempunyai beberapa bahagian dan jabatan yang menyediakan khidmat kaunseling oleh kaunselor bertauliah. Maka kita terbuka kepada