SEPANG – Unit anjing pengesan (K9) akan ditempatkan di lokasi strategik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula 26 Oktober depan bagi memperkukuh keselamatan di pintu masuk utama negara itu.
Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan, penempatan unit K9 itu merupakan sebahagian daripada 17 langkah memperkukuh keselamatan lapangan terbang, meningkatkan pengesanan barangan larangan dan mencegah ancaman di kawasan awam yang sibuk serta zon larangan.
MAHB berkata, penempatan unit K9 akan meliputi tiga lokasi utama iaitu balai pelepasan, balai ketibaan dan kawasan pengasingan b








