TUMPAT – Naluri seorang ibu yang berasa tidak sedap hati selepas melihat kesan lebam pada tubuh anaknya membongkarkan kejadian dera dipercayai akibat perbuatan pengasuh di sebuah rumah di Pulau Pinang kelmarin.

Dalam kejadian itu, Muhammad Faris Syazwan Muhammad Zulkarnain yang berusia 10 bulan meninggal dunia sebelum tiba di klinik bagi mendapatkan rawatan.

Ibunya, Sharifatul Hapizah Shaful Hamid, 34, berkata, dia menghantar tiga anaknya termasuk Muhammad Faris ke rumah wanita itu untuk dijaga sejak sebulan lalu.

Katanya, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana pengasuh wanita berusia 25 tahun itu sering menghant