PEKAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mahasiswa seharusnya menjadi suara kebijaksanaan dan bukannya gema kebencian.
Titah baginda janganlah kerana ghairah menyuarakan kebebasan sehingga terlupa akan batas kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab.
“Lebih mendukacitakan apabila ada segelintir anak muda yang mudah terpengaruh dengan budaya kebencian dan penghinaan terhadap agama serta institusi, seolah-olah keberanian itu diukur melalui kelantangan mencaci dan memperlekehkan orang lain.
“Beranilah menegur tetapi beradab ketika berbicara, beranilah berbeza pandangan tetapi jangan hilang pertimbangan,” titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pemasyuran Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di si









