SEPANG: Dua anggota polis yang mendakwa dicederakan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, hadir di Kompleks Mahkamah Sepang di sini, pagi tadi, namun menunggu di dalam kereta.

Peguam yang mewakili mereka, Datuk Kamal Hisham Ja'afar, berkata kedua-dua anggota polis itu bersedia mengemukakan kenyataan impak mangsa sekiranya Mohd Shuhaily mengaku bersalah dalam prosiding hari ini.

Bagaimanapun, katanya, Mohd Shuhaily memilih untuk tidak mengaku bersalah, menyebabkan kenyataan impak berkenaan hanya akan dikemukakan sekiranya beliau didapati bersalah di akhir kes pembelaan kelak.

"Kami sudah bersedia mengemukakan kenyataan impak mangsa mengikut Seksyen 183A Kanun Tatacara Jenayah sekiranya beliau mengaku bersalah.