Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Zain di Mahkamah Majistret Sepang bagi berdepan tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Shuhaily Zain, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dua anggota polis bulan lalu.
Shuhaily didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Faiz Saman dan Ekmal Sofwan di Terminal 1 KLIA pada 28 Sept.
Jika disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.







