Dana menampung kerugian terdahulu Tabung Haji mengurangkan modal yang boleh digunakan bagi pelaburan baharu, kata Harridon Suffian.PETALING JAYA: Jumlah kerugian pelaburan Tabung Haji (TH) sahaja tidak menggambarkan sepenuhnya kesan terhadap perniagaan tempatan, termasuk pengurangan projek, rantaian bekalan semakin lemah serta terlepas peluang mengembangkan perniagaan, kata ahli ekonomi.

Harridon Suffian.Harridon Suffian dari Universiti Kuala Lumpur Business School berkata masalah kewangan TH pastinya menjejaskan pendapatan dan margin keuntungan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan institusi itu.

Katanya, pengurangan perbelanjaan dan pelaburan TH bermakna rakan niaga, pembekal, subkontraktor serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima lebih sedikit projek dan tempahan.