Subang: Ratu Rock, Ella mengambil keputusan untuk berehat panjang selama setahun selepas selesai membuat konsert terakhir Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup pada 5 Disember depan.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 60, berkata dia mahu memanfaatkan masa berehat untuk bercuti selain memberi fokus terhadap aktiviti pertanian yang diusahakan bersama keluarganya sejak enam tahun lalu.
"Saya akan berehat panjang selepas konsert ini, mungkin selama setahun. Saya nak pergi bercuti, selepas sudah 'fresh' balik, baru boleh fikir.
"Persembahan korporat tetap diteruskan seperti biasa. Saya nak fokus kepada bidang pertanian yang kami usahakan sejak hampir enam tahun lalu.








