Geneva: Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, memberi amaran pada Selasa bahawa penutupan satu-satunya laluan bekalan yang menghubungkan bandar Taiz di Yaman dengan Aden oleh Houthi meletakkan orang awam dalam risiko besar, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, Turk menyuarakan kebimbangan terhadap pengepungan Taiz oleh pihak berkuasa de facto, sambil memberi amaran bahawa sekatan terhadap akses kemanusiaan dan bekalan keperluan asas boleh membawa kepada malapetaka hak asasi manusia.
"Penutupan satu-satunya laluan bekalan yang menghubungkan Taiz dengan Aden oleh Houthi meletakkan orang awam dalam risiko besar, menyekat bantuan kemanusiaan dan memutuskan bekalan keperluan asas," katanya.










