Kuala Lumpur: Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, menyelar gesaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, supaya ASEAN memulaukan Indonesia susulan isu jerebu rentas sempadan yang terus berulang.

Lutfi dalam kenyataan di Instagramnya semalam berkata, tindakan menyasarkan seluruh Indonesia atas isu jerebu tidak wajar kerana pihak yang bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah sepatutnya dikenal pasti serta dikenakan tindakan.

"Anda menyerang sebuah negara yang mempunyai 280 juta penduduk, sedangkan kita sepatutnya membincangkan syarikat yang beroperasi di lapangan.

"Anda mahu ASEAN membantah Indonesia dan mahu Malaysia serta Singapura menekan syarikat-syarikat itu, sedangkan modal Malaysia sendiri berada dalam ladang yang sama," katanya menerusi video di Instagram.