Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi bidas kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Malaysia menggerakan Asean untuk mengenakan tekanan diplomatik dan kewangan terhadap Indonesia berhubung masalah jerebu yang berulang.PETALING JAYA: Bekas Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi, membidas kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman supaya Indonesia dilayan sebagai negara 'tersisih' dalam Asean susulan jerebu rentas sempadan yang berulang.
Lutfi berkata jerebu bukanlah peluang untuk mencari publisiti untuk meraih perhatian, ketika ribuan rakyat Indonesia juga terjejas dan ada anggota bomba terkorban ketika memadamkan kebakaran.
Katanya, syarikat Malaysia yang mengendalikan ladang di Indonesia juga perlu dipertanggungjawabkan terhadap krisis itu, dengan mendakwa kumpulan perladangan Malaysia menguasai sehingga 3.4 juta hektar tanah di negara itu dan sesetengahnya membiayai operasi mereka melalui bank Malaysia.




