Sepang: "Jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberi sokongan daripada sudut doa dan kiriman mesej."
Demikian penghargaan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, kepada masyarakat yang memberinya kekuatan dan keyakinan untuk menghadapi proses perundangan di mahkamah, hari ini.
Beliau berkata, sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat itu amat bermakna ketika beliau berdepan proses berkenaan.
"Itu yang membuatkan saya mempunyai kekuatan dan juga keyakinan dalam meneruskan proses perundangan ini," katanya pada sidang media ringkas di lobi Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang, pagi ini.








