Kuala Lumpur: Keupayaan akademik luar biasa dalam kalangan kanak-kanak pintar dan berbakat tidak bermakna mereka perlu melalui setiap peringkat perkembangan lebih awal daripada usia sebenar, terutama daripada segi emosi dan sosial.

Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Azizah Zain berkata, pembelajaran pada tahap lebih tinggi boleh diberikan kepada golongan itu, namun mereka tetap memerlukan pengalaman yang bersesuaian dengan usia.

"Kita boleh mempercepatkan pembelajaran, tetapi tidak semestinya kita perlu mempercepatkan zaman kanak-kanak. Bagaimanapun, kalau mereka mempunyai kemampuan dan benar-benar bersedia, saya tidak melihat kemasukan ke universiti pada usia muda sebagai sesuatu yang salah.