KUALA LUMPUR: Seramai 3,537 daripada 4,417 calon guru simpanan pengambilan 2025 ditawarkan pelantikan ke jawatan tetap, termasuk 114 anak Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata pada September lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk melantik 317 calon guru simpanan pelbagai opsyen daripada baki sedia ada.

"Dalam konteks kekosongan guru di Sarawak, terdapat sebanyak 224 kekosongan di sekolah menengah dan 276 di sekolah rendah.

"Kekosongan guru sekolah menengah di Sarawak membabitkan, antaranya mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi (RBT) serta Sains.