Pasir Mas: Buruh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anggota polis menggunakan parang hingga mengalami kecederaan parah di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, Sabtu lalu.
Tertuduh, Muhammad Syahid Che Mat, 30, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencederakan Koperal Mohd Afiq Amran menggunakan parang sehingga mendatangkan kecederaan parah.
Perbuatan itu dilakukan di tepi jalan Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada 1.35 tengah hari Sabtu lalu.






