Washington: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, membatalkan lebih 300,000 visa sepanjang penggal keduanya, menurut Jabatan Negara pada 20 Oktober ketika Kerajaan Persekutuan meneruskan tindakan keras terhadap imigran.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan kadar pembatalan visa dalam beberapa minggu kebelakangan ini, berbanding lebih 175,000 visa yang dibatalkan sejak penggal semasa Trump bermula pada Januari tahun lalu, berdasarkan kemas kini Jabatan Negara pada 10 Ogos lalu.
Jurucakap Jabatan Negara, Tommy Pigott berkata, pentadbiran Trump membatalkan lebih banyak visa pada kadar lebih pantas berbanding mana-mana pentadbiran dalam sejarah.
Beliau berkata, pentadbiran itu tidak bertolak ansur terhadap warga asing yang berada di AS menggunakan visa tetapi melanggar undang-undang, melakukan penipuan atau mengancam keselamatan negara.









