Kuala Lumpur: Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) bimbang sikap segelintir naib canselor universiti awam yang didakwa kurang memberikan perhatian terhadap rundingan antara pihak pekerja dan majikan menerusi Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Presidennya, Norsyahriman Md Arif dalam kenyataan semalam berkata, mesyuarat itu bukan sekadar keperluan pentadbiran, sebaliknya platform rasmi penting bagi memastikan suara warga universiti awam diberi perhatian secara berstruktur dan berkesan.

Beliau berkata, mesyuarat MBJ sepatutnya dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun selaras dengan panduan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"GAKUM berasa terkilan apabila dimaklumkan sehingga September 2026, masih terdapat beberapa universiti awam yang baharu sekali sahaja melaksanakan Mesyuarat MBJ.