KUALA LUMPUR – Pelaksanaan penuh sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan rel Rapid KL disasarkan selesai dalam tempoh 30 bulan selepas projek itu dimulakan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sebanyak 30 peratus peralatan akses penumpang dan kutipan tambang di setiap stesen dijangka menyokong sistem itu dalam tempoh 12 bulan pertama.

“Pelaksanaan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan bas Rapid Bus di Lembah Klang pula dijangka selesai dalam tempoh 15 bulan secara berfasa.

“Penilaian teknikal dan komersial serta kelulusan berkaitan sedang dimuktamadkan sebelum kontrak dianugerahkan,” kata