PETALING JAYA – “Titik tertinggi seorang isteri, suami balik tanya nak makan apa, tinggal pilih nak menu apa.”

Demikian perkongsian pengguna Threads, @natasya_zulkifl1 yang berkongsi kaedah penyediaan makanan sejuk beku bagi memudahkan urusan memasak untuk keluarga.

Menurutnya, penyediaan lauk sejuk beku itu membolehkan dirinya menyediakan hidangan dengan cepat tanpa perlu kelam kabut memasak apabila suami pulang ke rumah.

“Bila dah buat frozen food (makanan sejuk beku) ini, balik kerja tak ada lah kelam-kabut nak masak. Panaskan sahaja, selesai!” kongsinya.